rap

Jason Momoa serik

Oleh Michelle Gun

Sering kali kita dengar pelakon berdepan insiden tidak diingini ketika menjalani penggambaran.

Terbaru, pelakon Jason Momoa pula terkena pukulan pelakon lagak ngeri di kepala sehingga pengsan ketika menjayakan babak pertarungan di sebuah bar untuk filem Braven.

Bintang kelahiran Hawai itu berkata, kejadian itu menyebabkan dia hampir mempunyai parut di wajahnya.

“Ketika itu kami tidak bertentang mata dan pukulan lelaki terbabit terkena saya sebelum sempat memegangnya.

“Kemudian saya pitam,” katanya kepada Yahoo, baru-baru ini.

Menurut pelakon Aquaman itu, dia dimasukkan ke hospital dan pihak produksi terpaksa menghentikan penggambaran selama sehari.

“Saya ingat dihempap lampu atau dibaling kerusi kerana mahu membalas tumbukan dan tidak nampak pukulan lelaki itu,” katanya.

Tambah Momoa lagi, insiden itu menjadi pengajaran kepadanya supaya hanya bekerja dengan pelakon lagak ngeri yang dikenali.

“Ini kali pertama saya bekerjasama dengan mereka. Selepas kejadian itu, saya mengambil orang yang dikenali kerana sudah memahami gaya masing-masing,” katanya.

Pelakon berusia 38 tahun itu turut memberitahu dirinya dan pelakon lagak ngeri pernah mengalami kecederaan ketika penggambaran filem Aquaman.

“Sebenarnya saya lebih suka menjayakan sendiri babak aksi. Namun ada situasi tertentu yang membabitkan terlalu banyak aksi lasak.

“Kadang-kadang saya diminta mengulangi aksi itu banyak kali dan kejadian tidak diingini boleh berlaku,” katanya.

Dalam perkembangan lain, bapa kepada dua anak itu turut sibuk dengan penggambaran musim ketiga siri Frontier.

Disiarkan pada: January 24, 2018 @ 2:22am
d