rap

Masih terasing

Oleh Susunan Michelle Gun

Peminat Jonas Brothers teruja selepas Kevin berkongsi gambar bersama anggota kumpulan itu di Instagram, baru-baru ini.

Walaupun gambar itu tidak disertakan kapsyen, peminat membuat andaian kumpulan yang turut dianggotai Joe dan Nick itu bakal kembali aktif.

Pada 2013, tiga beradik itu mengambil keputusan berpecah dan mengikut haluan masing-masing.

Lebih menguatkan khabar angin itu, akaun rasmi Instagram Jonas Brothers didapati kembali aktif dengan gambar lama mereka masih ada.

Selain itu, pelakon dan pembikin filem Tommy Wiseau turut berkongsi gambarnya bersama Joe di Twitter pada 16 Januari lalu.

“Saya menyuruh Jonas Brothers untuk kembali,” tulisnya.

Bagaimanapun, dalam temu bual Nick bersama majalah W, penyanyi itu menafikan Jonas Brothers bakal bergabung semula.

“Buat masa ini, perancangan seperti itu belum ada. Ada banyak perkara bagus berlaku dalam kehidupan kami sekarang.

“Jadi, kami mahu memberi tumpuan terhadap perkara itu pada waktu ini,” katanya.

Pada 2015, Joe bersama rakannya, Jack Lawless menubuhkan kumpulan DNCE yang mencipta kejayaan besar.

Nick pula meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi solo dan berlakon dalam filem Jumanji: Welcome to the Jungle yang mencetuskan fenomena, baru-baru ini.

Penulis lagu itu turut dicalonkan dalam kategori Lagu Asal Terbaik untuk Anugerah Golden Globe menerusi lagu tema animasi Ferdinand berjudul Home.

Kevin pula sibuk menguruskan dua anak perempuannya, Valentina dan Elena bersama isteri, Danielle Jonas.

Disiarkan pada: January 30, 2018 @ 3:30am
d