rap

Eminem VS Trump

Oleh Michelle Gun

Tindakan penyanyi rap Eminem mengutuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump secara tidak langsung meningkatkan jumlah peminatnya di Britain.

Menurut portal Mirror, pemilik nama sebenar Marshall Bruce Mathers III itu menggelar Trump sebagai ‘datuk rasis’.

Penyanyi berusia 45 tahun itu turut meminta peminat memilih menyokongnya atau Trump.

“Saya tidak kisah kalau separuh peminat hilang kerana percaya tindakan saya betul.

“Saya hairan macam mana rakyat kelas pertengahan percaya hartawan itu boleh membantu mereka,” katanya.

Meskipun mendapat sokongan di Britain, Eminem dikritik teruk penyokong setia Trump di Amerika Syarikat.

Namun reaksi itu sama sekali tidak membuatkan Eminem goyah malah sumber menjangkakan tiket konsert penyanyi itu di stadium Wickenham, London pada 14 dan 15 Julai ini bakal laris.

Kali terakhir penyanyi Lose Yourself itu mengadakan konsert jelajah di United Kingdom pada 2014.

Dalam perkembangan lain, anak Eminem, Hailie memuat naik beberapa gambar seksi sempena ulang tahun ke-22 di media sosial pada Krismas lalu.

Berbeza dengan anak selebriti lain, Hailie tidak gemar berkongsi kehidupan peribadinya di media sosial.

Eminem berkahwin dengan Kim pada 1999 ketika Hailie berusia empat tahun namun bercerai dua tahun kemudian.

Pasangan itu kemudian berkahwin buat kali kedua pada Januari 2006 dan bercerai lagi selepas tiga bulan hidup bersama.

Disiarkan pada: January 31, 2018 @ 12:00am
d