rap

Pindah KL teruslah, Seungri...

Oleh Michelle Gun

ANGGOTA kumpulan Big Bang, Seungri menyatakan hasratnya untuk mengadakan konsert di Malaysia pada tahun ini.

Seungri atau nama sebenarnya Lee Seung Hyun berkata demikian pada sesi penampilan khas pelancaran produk penjagaan kulit Korea Selatan di pusat beli-belah 1 Utama, petang tadi.

Penyanyi kumpulan terkenal Korea Selatan berusia 27 tahun itu dikatakan antara pelabur produk berkenaan.

Pada acara itu, Seungri bukan saja bercakap mengenai produk berkenaan, tetapi turut menghiburkan lebih 3,000 peminatnya dengan lagu Bang Bang Bang.

Suasana pusat beli-belah meriah dengan jeritan peminat yang teruja apabila penyanyi itu meminta mereka mengucap saya cinta Seungri dalam bahasa Mandarin.

"Saya gembira dapat kembali ke Kuala Lumpur. Bagi saya, ibu kota ini bandar terbaik," katanya.

Pada acara 15 minit itu, Seungri turut memberi cenderahati kepada 10 peminat bertuah.

Selesai acara berkenaan, Seungri mengadakan pertemuan eksklusif bersama ahli Watsons di pawagam TGV 1 Utama.

Sementara itu, Seungri bakal membuka cawangan restoran makanan Jepun miliknya, Aori Ramen di ibu kota sekitar tahun ini.

Disiarkan pada: February 1, 2018 @ 9:37pm
d