rap

Bukan cari perhatian lah!

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PELAKON, pengacara, penyampai radio dan penyanyi, Zulin Aziz tidak sangka video lakonan dimuat naik di akaun Instagramnya, semalam tular sekaligus membuatkan ramai salah faham.

Dalam video berdurasi seminit itu, Zulin, 28, dilihat ‘memarahi’ orang yang menghina bentuk badannya.

“Saya tulis di ruangan kapsyen video bahawa itu adalah gaya budak sekolah bergaduh.

“Tak sangka ada pihak salah faham serta menganggap saya benar-benar marah dan tujukan kata-kata itu kepada individu tertentu,” katanya kepada Harian Metro.

Zulin, penyampai Suria FM, tidak berniat mencari perhatian sebaliknya gemar memuat naik video.

“Kalau yang mengikuti akaun Instagram saya, tentunya mereka tahu saya gemar memuat naik video parodi dan sebagainya.

“Ia sebahagian apa saya muat naik dan bukan niat mencari perhatian dan sebagainya,” katanya.

Zulin bersyukur kerana tidak ada sebarang komen negatif diterima sebaliknya mendapat sokongan ramai.

“Ada beberapa individu menulis komen menganggap saya mewakili suara orang-orang berbadan besar.

“Saya lihat dari sudut positif itu mungkin memberikan semangat kepada insan bertubuh seperti saya supaya tidak rasa rendah diri dan sebagainya,” katanya.

Video itu kini mencecah 160,000 jumlah tontonan di Instagram dan lebih 1,000 komen.

Video itu turut dikongsi beberapa portal hiburan di Twitter.

Zulin kerap kali memuat naik video lucu mengenai bahasa-bahasa berbeza sebelum ini.

Disiarkan pada: February 12, 2018 @ 3:53pm
d