rap

Gaya, budaya filem Iran

Oleh Ramlah Zainal

SEBANYAK enam filem hebat bakal ditayangkan sempena Festival Filem Iran Malaysia 2018 yang berlangsung buat julung kali di negara ini bermula 7 hingga 17 Mac nanti.

Enam filem terbaik dari Iran itu ialah Sweet Taste Of Imagination, Crazy Castel, Under The Smooky Roof, The Queen, Ceasefire 2 dan Where Are My Shoes.

Kaunselor Budaya, Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia, A M Sabeghi berkata, enam filem yang terpilih itu juga mengangkat seni budaya dan gaya hidup bangsa Parsi bertemakan kemanusiaan, kasih sayang, kemasyarakatan, kekeluargaan dan perjuangan.

"Filem terpilih ini juga membabitkan karya yang pernah memenangi festival filem di Iran dan antarabangsa seperti Festival Filem Fajr, Iran.

“€œPihak kami sangat bangga dapat membawa sebahagian filem berkualiti dari Iran untuk berkongsi pengetahuan dengan penonton di negara ini.

"Saya juga berharap penganjuran festival itu akan dapat mencapai hasrat untuk membangunkan perhubungan budaya dan kesefahaman bersama antara Iran dan Malaysia," katanya ketika berkunjung ke Balai Berita, Jalan Riong, hari ini.

Beliau yang juga setiausaha festival berkata, filem yang terpilih akan ditayangkan secara percuma di pawagam GSC terpilih iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

"Tayangan percuma membabitkan pawagam di GSC Pavillion,GSC Mid Valley (7 hingga 11 Mac), GSC Gurney Plaza (12 hingga 14 Mac) dan GSC Paradigm Johor Bahru (15 hingga 17 Mac).

“€œEnam filem terpilih yang ditayangkan ini dalam bahasa Parsi bersama sari kata bahasa Inggeris.

"Tiket percuma untuk menonton filem ini boleh diperolehi menerusi kaunter box-office pawagam terpilih.

"Bagi mengetahui jadual tayangan dan tempahan secara atas talian, boleh layari laman we http://www.gsc.com.my atau http://www.iranianfilemmalaysia.com," katanya.

Disiarkan pada: February 12, 2018 @ 10:08pm
d