rap

Rafidah nafi kahwin sejenis

Oleh Sudirman Mohd Tahir

BEKAS pengacara program 3R, Rafidah Abdullah menafikan gosip yang mendakwa dia 'berkahwin' dengan kaum sejenis di Australia.

Rafidah menerusi status profil akaun Instagram miliknya menyifatkan perkara itu berunsur fitnah.

"Sedang mengumpul pahala daripada fitnah orang," tulis Rafidah, 42.

Rafidah turut menafikan perkara itu menerusi jawapan di Direct Message (DM) kepada seorang pengikut di laman Instagram miliknya yang bertanyakan mengenai perkara itu.

"Hahahahahaha bodoh la semua ni fitnah je. Sesiapa yang kaki gosip tu, kalau nak buat search pendaftaran kahwin ke, ataupun nak check passport akak sekalipun, dipersilakan sebab sah-sah tak ada.

"Adik jangan risau, akak relax je di samping kucing-kucing tersayang. Layan binatang lagi berbaloi dari layan manusia," jawab Rafidah.

Perkara itu mulai kecoh dan hangat diperkatakan sejak Sabtu lalu selepas sebuah forum gosip berkongsi kisah yang menggunakan tajuk Siapa Pengacara Wanita Kahwin Pasangan Sejenis di Australia?

Dalam masa sama, gambar Rafidah dan wanita yang didakwa pasangannya itu mengundang pelbagai persoalan apabila memaparkan gambar mereka menunjukkan cincin di jari.

Malah kapsyen pada gambar itu juga solah-olah menggambarkan mereka sudah 'berkahwin' seperti yang tersebar.

"We...? hells yeah, we are! signing my death warrant/agreement to be enslaved. no hashtag, no photoshoot, no special dress. Just love. We did it. Many thanks, friends. You've been great!" tulis wanita itu di laman instagram miliknya.

Disiarkan pada: February 21, 2018 @ 2:13pm
d