rap

Belum lagi...

Oleh Rudy Imran Shamsudin

PELAKON Nazrief Nazri mengakui ada membuat perancangan untuk bernikah tetapi menafikan perkara itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Sewaktu dihubungi hari ini membabitkan desas-desus mengatakan dia akan bernikah selepas Aidilfitri tahun ini kata Nazrief mustahil perkara itu berlaku dalam singkat.

Kata pelakon yang kini sedang sibuk di lokasi drama bersiri Makmum Yang Paling Aku Cinta dan bakal disiarkan di Hypp TV itu menjelaskan, tahun ini jadual kerjanya sangat padat.

Nazrief berkata gosip mengatakan sedang sibuk buat persiapan bernikah tidak benar.

“Saya kini sibuk dengan penggambaran drama Makmum Yang Paling Aku Cinta. Pada pertengahan bulan Mac nanti saya akan masuk satu lagi set drama bersiri.

“Ia berlanjutan sehingga Aidilfitri dan selepas itu kemungkinan besar kembali mengacara program Buletin 113, Salam HD,”€ katanya.

Pelakon popular dengan drama komedi, Bila Nogori Jumpa Klate itu berkata dia dan kekasihnya ada berbincang perancangan mendirikan rumahtangga.

“Perkara biasa bagi siapa juga yang sedang bercinta. Sudah tentu setiap hubungan yang dijalinkan diharap berakhir ke jenjang pelamin. Cinta dibina diikat dengan perkahwinan,”€ katanya.

Kata Nazrief lagi, bagaimanapun dia dan kekasihnya tidak mahu terburu-buru.

“Andai benar tiba jodoh, biarlah ia dilakukan dalam situasi kedua-dua belah pihak sudah bersedia.

Nazrief sebelum ini bersikap terbuka membabitkan soal cinta dan sudah hampir setahun bercinta dengan kekasihnya, Aizatul Aqma.

Disiarkan pada: February 22, 2018 @ 7:57pm
d