rap

'Mujur baby tunggu saya balik' - Lan Solo

Oleh Najiy Jefri

ISTERI penyanyi Lan Solo iaitu Nur Sheila Hassim, 33, selamat melahirkan bayi perempuan, hari ini.

Bayi seberat 2.5 kilogram itu dilahirkan di pusat perubatan di Kuala Lumpur, 4.10 pagi tadi.

Lan atau nama penuhnya, Mohd Razlan Mohamed Yusof, 33, berkata, dia yang baru pulang dari Jakarta, Indonesia, Khamis lalu bersyukur dapat menyambut kelahiran cahaya mata keempatnya.

“€œAlhamdulillah, syukur. Proses kelahiran berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi.

“Mujur ‘baby’ sempat tunggu saya balik dari Jakarta. Sepanjang berada di sana, tak keruan dibuatnya fikirkan keadaan isteri saya.

“Isteri dimasukkan ke bilik bersalin kira-kira 1 pagi tadi dan selamat melahirkan anak kami selepas tiga jam. Saya juga diberi kesempatan memotong tali pusat anak keempat kami,” katanaa.

Menurut Lan, dia dan isteri masih belum memilih nama anaknya itu.

“€œBuat masa sekarang, belum ada nama yang lengkap. Cuma, nama depannya saja Nur Amna dan kami masih mencari nama hujung yang sesuai bermula huruf Q seperti nama anak saya yang lain” katanya.

Akhir tahun lalu, Sheila pernah dimasukkan ke hospital selepas pertandingan akhir Gegar Vaganza 4 (GV4), dan doktor mengesahkan dia mengalami kebocoran air ketuban kerana terlalu aktif bekerja.

Lan dan Sheila mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009.

Pasangan ini sudah dikurniakan tiga anak iaitu Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, dan Muhammad Akid Qassyaff, 4.

Disiarkan pada: February 24, 2018 @ 12:06pm
d