rap

'Saya masih bujang' - Ippo Hafiz

Oleh Ramlah Zainal

PENYANYI dan komposer Ippo Hafiz menafikan dakwaan dirinya sudah berkahwin seperti yang heboh diperkatakan netizen ketika ini.

Menurut Ippo, gosip dirinya sudah berkahwin itu tersebar sejak berita dirinya mengambil anak angkat disiarkan di akhbar.

“Saya dapat tahu gosip itu daripada beberapa komen yang diberikan peminat di laman sosial, baru-baru ini.

“Terus terang, saya masih bujang dan belum pernah berkahwin sebelum ini.

“Saya berharap kenyataan yang diberikan ini juga menjawab segala persoalan,”katanya

Ippo ditemui di majlis program Fit Hasil 2018 yang berlangsung di Akademi Percukaian Malaysia, Bangi, hari ini.

Ippo atau nama sebenar, Muhammad Hafiz Yaziz, 30, juga menafikan dia sengaja berahsia mengenai anak angkatnya, Cinta Rizky Amanda, daripada peminat sebelum ini.

“Saya ada sebab tersendiri untuk tidak beritahu peminat lebih awal kerana anak angkat saya itu masih kecil.

“Saya juga tidak mahu ada orang anggap apa yang dilakukan sekadar trend selebriti mengambil angkat.

“Kini, anak angkat saya sudah berusia 17 bulan dan baru saya sedia untuk beritahu peminat,” katanya.

Apapun, kata Ippo, rezekinya juga tidak pernah putus sejak kehadiran anak angkatnya itu.

“Anak angkat itu adalah anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai buat saya dan keluarga.

“Jika bertemu jodoh nanti, saya berharap bakal isteri boleh terima anak angkat saya ini seperti anak sendiri,” katanya.

Disiarkan pada: February 24, 2018 @ 12:32pm
d