rap

Pendedahan melucukan

Oleh Michelle Gun

Pengakuan pengacara dan pelakon terkenal Oprah Winfrey tidak tahu mengisi minyak kereta memang melucukan.

“Saya tidak pernah mengisi minyak kereta dan juga tidak tahu melakukannya,” katanya kepada E!, Isnin lalu.

Selain itu, Oprah, 64, turut mendedahkan baru mengetahui penumpang pesawat sudah tidak memerlukan tiket penerbangan fizikal.

“Baru-baru ini saya menghantar seseorang ke lapangan terbang dan mengingatkannya supaya membawa tiket penerbangan.

“Rupa-rupanya sekarang sudah tiada tiket penerbangan,” katanya.

Minggu lalu, selebriti itu memberitahu pengacara Jimmy Kimmel ada pengawal keselamatan membantu dia menjawab panggilan telefon rumah.

Bukan itu saja, dalam temu bual bersama Ellen DeGeneres tahun lalu, Oprah turut mendedahkan hampir 20 tahun tidak menjejak kaki di bank.

Menurutnya, kali pertama dia ke bank selepas tempoh dua dekad itu adalah baru-baru ini untuk memasukkan wang berjumlah AS$1 juta.

“Saya mahu melakukan urusan itu sendiri dan turut berbaris menunggu giliran. Pengalaman itu memang seronok,” katanya yang kemudian mendedahkan jumlah sebenar didepositkan ke dalam akaun adalah AS$2 juta.

Watak seperti ibu saudara Beyonce

Pada majlis tayangan perdana filem A Wrinkle in Time, baru-baru ini, Oprah membuat jenaka dengan menggambarkan wataknya dalam filem itu sebagai ibu saudara penyanyi popular Beyonce.

Katanya, proses solekan berubah menjadi Mrs Which memenatkan dan lega setiap kali penggambaran tamat.

“Namun, sewaktu penggambaran babak di tengah padang rumput, terlintas dalam fikiran rupa saya seperti ibu saudara Beyonce,” katanya.

Filem fantasi A Wrinkle In Time adalah karya adaptasi novel penulis Madeleine L’Engle dan akan menemui penonton di Malaysia mulai 8 Mac ini.

Turut membintangi filem itu adalah Chris Pine, Reese Witherspoon, Mindy Kaling dan Gugu Mbatha-Raw.

Disiarkan pada: March 1, 2018 @ 5:45am
d