rap

Hanya satu 'dipotong' LPF

Oleh Amirul Haswendy Ashari.

PENGARAH filem Get Hard: Tongkat Ali Kasi Keras, Chan Wei Cheong, menganggap isu 'mati pucuk' dalam filem pertama arahannya itu perlu mengenengahkan babak seksual bagi memastikan objektif filem dapat dicapai.

"Pada awalnya, takut juga sekiranya beberapa babak itu tidak dapat diterima penonton tempatan terutama berfikiran konservatif.

"Tapi kami ambil keputusan untuk teruskan sahaja merakam babak terbabit kerana tanpanya objektif filem tidak sampai," katanya.

Chan ditemui pada malam gala filem itu, semalam, berkata dia bersyukur hanya satu sahaja babak sensual dipotong Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Katanya, dia percaya filem pertamanya itu mampu memberi kelainan kepada genre filem sedia ada di pasaran filem tempatan.

Filem berbahasa Mandarin itu menampilkan pelakon Cina popular tempatan, JC Chee yang dikenali melalui filem Ola Bola, sebelum ini.

Ia ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 8 Mac (esok) ini.

Disiarkan pada: March 7, 2018 @ 5:30pm
d