rap

Imej segar sebagai artis

Oleh Fair & Lovely

Siapa sangka penyanyi dan pelakon jelita Daiyan Trisha pernah berasa kurang keyakinan diri dengan penampilannya.

Gadis berusia 25 tahun ini berkata, semangatnya kembali selepas mula menjaga kesihatan dalaman dan luaran.

“Bukan saja imej, saya memastikan kulit sentiasa kelihatan cantik dan segar. Ini penting kerana sebagai artis, setiap gerak-geri termasuk penampilan sentiasa diperhatikan orang,” katanya.

Berkongsi mengenai penjagaan kecantikan sehariannya, penyanyi lagu Kita Manusia ini cuma menggunakan pencuci muka dan pelembap.

“Rutin penjagaan diri saya ringkas saja dengan memakai produk kecantikan Fair & Lovely. Selain itu, saya juga guna penyegar dan sekali-sekala membuat rawatan muka untuk membuang kulit mati,” katanya.

Pelakon filem Busker ini memberitahu pernah mengalami kulit kusam dan masalah itu selesai selepas menggunakan Fair & Lovely.

“Seperti wanita lain, saya juga inginkan tona kulit lebih sekata melalui pencerahan kulit secara semula jadi dan selamat. Produk Fair & Lovely tidak asing lagi dalam membantu wanita menangani masalah kekusaman kulit untuk pencerahan jelas kelihatan dan wajah kekal berseri,” katanya yang juga duta Fair & Lovely.

Tahun ketiga menjadi duta Fair & Lovely

Komitmen serta dedikasi Daiyan sebagai wajah Fair & Lovely meyakinkan jenama itu untuk mengekalkan penyanyi dan pelakon berkenaan sebagai duta buat tahun ketiga.

“Saya terharu dan gembira apabila terus diberi kepercayaan menjadi duta Fair & Lovely buat tahun ketiga. Saya selesa menggunakan produk Fair & Lovely.

“Produk penjagaan wajah ini ringkas, sesuai dengan kerjaya seni saya yang sibuk dan banyak menghabiskan masa di luar" katanya.

Selaku duta produk berkenaan, Daiyan juga banyak memberi inspirasi kepada generasi muda menerusi program Biasiswa Fair & Lovely yang menawarkan bantuan RM200,000 kepada 40 pelajar dari tujuh universiti awam.

“Inisiatif ini bagus untuk membantu golongan wanita memerlukan untuk pengajian mereka. Saya ingin terus menyampaikan mesej positif kepada wanita muda supaya tidak berhenti mengejar cita-cita.

“Jenama ini bertepatan dengan diri saya yang menyokong pendidikan dan keyakinan diri!,” katanya.

Biasiswa Fair & Lovely turut membangunkan komuniti maya untuk pemegang biasiswa berkomunikasi antara satu sama lain.

Mereka boleh mendapatkan perkembangan terkini mengenai peluang yang disediakan oleh Unilever Malaysia seperti bengkel kemahiran temuduga, kerjaya serta perkongsian kepimpinan wanita yang disampaikan oleh eksekutif wanita Unilever Malaysia.

Tolak tawaran berlakon

Ditanya mengenai kerjaya seninya, Daiyan berkata, dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon bagi memberi tumpuan terhadap pembikinan album.

“Rezeki bertambah selepas berlakon dalam Busker dan saya menerima banyak tawaran berlakon. Namun, sudah lama saya mengimpikan untuk menghasilkan album. Sebelum ini, saya terpaksa mengutamakan perkara lain.

“Jadi, kali ini saya lepaskan tawaran berkenaan supaya rancangan membuat album menjadi kenyataan,” katanya.

Menurut Daiyan, album itu akan memuatkan 10 lagu ciptaannya dengan menyelitkan satu atau dua single yang sudah dikeluarkan.

“Selain itu, saya juga ada menerima tawaran mengacara program televisyen tetapi belum membuat keputusan untuk menerima tawaran itu,” katanya.

Berkongsi pengalaman berlakon dalam Busker, Daiyan berkata, filem bertemakan muzikal itu menerima banyak komen positif daripada penonton kerana mengetengahkan jalan cerita segar.

“Ini filem pertama saya selepas dua tahun berehat dari lakonan kerana mahu menumpu terhadap pengajian.

“Oleh kerana sudah lama tidak berlakon, saya menjadi gementar kerana membawa watak utama. Bagaimanapun, semuanya berjalan lancar kerana saya banyak berbincang dengan pengarah selain menghadiri kelas lakonan,” katanya.

Menurut Daiyan, dia juga tiada masalah bergandingan dengan Hafeez Mikail dan cepat serasi dengan pelakon itu.

“Dia pelakon berbakat dan juga mempunyai vokal bagus. Sepanjang penggambaran, saya seronok dan tidak kisah sekiranya berlakon dalam filem seperti ini lagi,” katanya.

Filem arahan Syed Khairul Fariz ini turut dibintangi Bulan, Anas Ridzuan dan Mas Khan.

Disiarkan pada: March 9, 2018 @ 6:19am
d