rap

Pesanan Che Ta buat perampas

Oleh Ramlah Zainal

PELAKON popular Rozita Che Wan menyelar tindakan segelintir wanita yang suka merampas suami orang sekali gus menghancurkan kebahagiaan wanita lain.

Menurut Rozita, 45, dia tidak setuju kenapa ada wanita yang sanggup mengambil suami orang lain sedangkan masih ramai lagi lelaki bujang di luar sana.

“Saya bukannya menolak poligami tetapi kenapa kita tidak berhati-hati untuk mencari pasangan hidup dengan memilih lelaki yang masih bujang?

“Bagi saya, orang yang menghancurkan hati wanita lain adalah golongan wanita juga,” katanya.

Rozita ditemui pada sidang akhbar pelantikannya sebagai duta Tunas Homes dan Tunas Boulevard, di Kuala Lumpur, petang tadi.

Bagaimanapun, kata Rozita, dia juga menasihati golongan wanita yang bermadu atau suaminya dirampas supaya teruskan kehidupan mereka.

“Golongan wanita yang suaminya dirampas, jangan bersedih dan teruskan kehidupan dan jangan rasa dunia gelap.

“Contohnya, saya sendiri pernah bercerai dan 10 tahun duduk di rumah dan tidak bekerja.

“Saya reda dengan ujian Allah SWT dan kini digantikan yang lebih baik,” katanya.

Ditanya tindakan jika suaminya dirampas pula, Rozita dengan nada bergurau berkata, dia akan mengoyakkan mulut wanita itu.

“Kalau berani cubalah tetapi setakat ini rumah tangga kami bahagia, “katanya.

Terdahulu, pelakon drama Kiah Pekasam dan isteri kepada pelakon Zain Saidin itu pernah memuat status berbauR sindiran di instagram kepada wanita yang merampas suami orang.

Disiarkan pada: March 14, 2018 @ 6:39pm
d