rap

Zayn Malik, Gigi putus cinta

Oleh Reuters

PASANGAN selebriti, Zayn Malik dan supermodel, Gigi Hadid, semalam mengumumkan perpisahan mereka selepas dua tahun bercinta.

Malik, bekas anggota kumpulan penyanyi Britain, One Direction, dan Hadid, model bagi Victoria’s Secret, Fendi dan Tommy Hilfiger, tidak memberikan punca perpisahan mereka.

Malik, 25, dalam kenyataan di Twitter berkata, beliau dan Hadid ‘menjalin hubungan yang kukuh, bermakna dan menyeronokkan’ dan mengagumi model itu sebagai ‘wanita dan rakan’.

Hadid, 22, dalam di Twitter menyatakan kenyataan mengenai perpisahan dilihat sebagai tidak bersifat peribadi.

Beliau berharap Malik terus berjaya pada masa depan dan gembira dengan cinta, masa dan pengajaran hidup yang dikongsinya dengan penyanyi yang digelar ‘Z’ itu.

Kedua-duanya mula menjalin hubungan pada lewat 2015 dan menjadi antara pasangan selebriti paling diburu media selepas tampil bersama dalam video muzik romantik Malik, ‘Pillowtalk’ pada Januari 2016.

Mereka mempamerkan hubungan kepada umum dengan hadir bersama di majlis Met Gala pada Mei 2016 dan dirakamkan bersama sebagai muka depan majalah Vogue pada Ogos 2017.

Disiarkan pada: March 14, 2018 @ 7:25pm
d