rap

Juara Gegar Lawak: RM50,000 milik Kiut

Oleh Najiy Jefri

KUMPULAN Kiut yang dianggotai Hanaffi, Zam dan Tapai dinobatkan juara Gegar Lawak musim pertama yang diadakan di Studio Sound Stage, Kompleks Studio Merdeka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), di Kuala Lumpur, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, Kiut membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000.

Tempat kedua dimenangi Nik Nur Amira Syahira Nik Zaini atau Eyya dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM25,000.

Pemenang ketiga menjadi milik kumpulan Abata yang dianggotai Alham, Mus dan Ilham manakala tempat keempat dimenangi Padil dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 dan RM10,000.

Tempat kelima disandang oleh kumpulan duo, 2B yang dianggotai Lokman Harmin dan Weera dengan membawa pulang hadiah RM5,000.

Kelima-lima peserta akhir turut mendapat trofi sumbangan Astro.

Juri pertandingan terdiri daripada juri tetap, Datuk AC Mizal dan pelawak, Douglas Lim serta juri jemputan, Nabil Ahmad.

Semua finalis Gegar Lawak diadili 70 peratus juri profesional dan 30 peratus undian penonton.

Program berkenaan diacarakan pelakon Kamal Adli dan pelawak Fad Bocey.

Disiarkan pada: March 17, 2018 @ 12:40am
d