rap

Kata Akhirmu cecah 5.6 juta tontonan

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PENYANYI lagu Kata Akhirmu, Ariff Bahran yang popular menerusi lagu-lagu cover di media sosial meluahkan rasa terharu apabila video muzik single pertamanya itu kini mencecah jumlah tontonan sehingga 5.6 juta di YouTube.

“Alhamdulillah. Untuk penyanyi baru seperti saya dan pertama kali keluar dengan single, jumlah tontonan sehingga 5.6 juta adalah angka yang sangat besar,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ariff, 20, dia sendiri tidak pernah menjangkakan jumlah tontonan sehebat itu sejak video muzik Kata Akhirmu dimuat naik ke YouTube pada 20 November lalu.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada produksi drama bersiri Cinta Hati Batu yang pernah ditayangkan di TV3 yang menjadikan Kata Akhirmu sebagai OST.

“Sedikit sebanyak, ia membantu memperkenalkan lagi lagu saya yang masih baru ini,” katanya.

Dalam video muzik itu, Ariff mencabar dirinya untuk berlakon sendiri dan itu adalah pengalaman baru buat dirinya sejak bergelar artis bermula penghujung tahun lalu.

“Harapnya, jumlah itu akan terus meningkat dan secara tak langsung, ia akan menjadi penyuntik semangat kepada saya untuk terus bekerja keras di dalam industri,” katanya.

Disiarkan pada: March 20, 2018 @ 6:43pm
d