rap

Awi yakin Atikah jodoh terbaik

Oleh Najiy Jefri

PENYANYI Awi Rafael mengaku mengenali tunangnya yang juga pelakon Atikah Suhaime ketika masih menjadi kekasih kepada pelakon Hanez Suraya lapan tahun lalu.

Bagaimanapun Awi berkata, hubungan mereka mulai serius sekitar lima bulan lalu ketika Atikah kembali bekerja di Singapura.

“Saya kenal Atikah ketika masih bersama dengan Hanez. Tapi kami hanya kenal dan berhubung sebagai kawan saja.

“Namun sejak lima bulan lalu, saya dan dia semakin rapat. Sejak itu, kami semakin serius dan mengambil keputusan untuk membawa hubungan itu ke peringkat seterusnya,” katanya.

Menurut Awi, dia enggan menunggu lama untuk mengikat tali pertunangan kerana yakin Atikah adalah jodoh terbaik untuk dirinya.

“Saya sudah bersedia untuk ke fasa lebih serius. InsyaAllah mengikut perancangan kami akan berkahwin pada ulang tahun kelahiran Atikah iaitu 15 Mac tahun depan.

“Saya yakin Atikah adalah jodoh terbaik dan sifatnya yang penyabar dan sentiasa positif membuatkan saya terpikat,” katanya.

Disiarkan pada: March 21, 2018 @ 8:40pm
d