rap

Sherry kembali

Oleh Michelle Gun

Pelakon dan pengacara terkenal Sherry Al-Hadad kembali menghiburkan penonton TV3 menerusi program bual bicara The Sherry Show & Friends.

Menariknya, kali ini Sherry akan mengendalikan program 12 episod itu bersama rakan selebriti setiap minggu.

Program selama satu jam itu boleh disaksikan setiap Ahad, jam 11 malam.

Pelbagai topik serta segmen menarik diketengahkan melalui program yang menampilkan selebriti jemputan Nabila Huda, Awal Ashaari, Sharifah Amani, Anzalna dan Izzue Islam.

Turut memeriahkan lagi program itu Bront Paralae, Mamat Khalid, Ebby Yus, Rozita Che Wan, Nadiya Nisa, Michael Ang, Aziz M Osman, Nabila Razali dan Datuk Rosyam Nor.

Pengurus Besar, Pengurusan Jenama, Integrasi Digital Dan Perolehan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Zurina Othman berkata program itu masih diteruskan berikutan kejayaan musim lalu.

“Musim kedua diteruskan untuk menghargai penonton. Kami berharap orang ramai terus setia menonton The Sherry Show & Friends sehingga episod akhir,” katanya.

Selain mengupas isu menarik, Sherry akan berinteraksi dengan penonton menerusi beberapa segmen menarik seperti 11 Soalan, Sidekick dan Kerusi Panas.

Maklumat lanjut boleh layari laman web www.tv3.com.my atau ikuti laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

The Sherry Show & Friends juga boleh disaksikan semula di portal www.tonton.com.my.

Disiarkan pada: March 25, 2018 @ 4:18am
d