rap

Tak boleh pilih ikut suka

Oleh Amirul Haswendy Ashari

PENYANYI Anuar Zain, 48, akui sukar mencari lagu sesuai untuk dinyanyikan bersama Bunga Citra Lestari (BCL) dan Yuka Karisma.

"Kami perlu memilih lagu mengikut kesesuaian vokal kerana ini adalah pertama kali kami bekerjasama di atas satu pentas.

“Saya tidak dapat nafikan, saya, BCL dan Yuka menemui kesukaran sendiri untuk mencari lagu sesuai dinyanyikan secara trio," katanya.

Katanya lagi, oleh sebab ini kali pertama bekerjasama di atas satu pentas dan konsert yang besar, lagu dipilih kelak perlulah mengikut kesesuaian vokal mereka bertiga.

“Lagu tidak boleh pilih ikut suka, susunan vokal antara kami bertiga kena buat dengan betul supaya persembahan pun dapat dilakukan dengan baik,” kata Anuar lagi.

Dia ditemui pada sesi fotografi mempromosikan konsert Anuar Zain, Bunga Citra Lestari & Yuka Karisma Live In Concert di E&O Residents, di sini, semalam.

Katanya, pada konsert itu, dia akan menyanyikan dua buah lagu secara trio bersama BCL dan Yuka.

Konsert ini akan diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 28 April depan.

Disiarkan pada: March 27, 2018 @ 12:02pm
d