rap

'Saja nak 'test' jer...'

Oleh Georgie Joseph

ISTERI penyanyi Lan Solo iaitu Nur Sheila Hassim, 33, mengakui dia tiada niat untuk menyentuh sensitiviti mengenai hal rumah tangga menerusi entri terbaru yang dimuat naik di Instagram, hari ini.

Menurutnya, dia cuma bergurau mengenai dirinya rela dimadu dan tidak sangka perkongsiannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati netizen.

“Jujur saya tiada niat mahu mencetuskan kemarahan sesiapa, apalagi hendak menujukan entri itu kepada mana-mana pihak.

“Sebenarnya ia bukan perkara biasa untuk saya menerima macam-macam mesej peribadi daripada peminat wanita yang sukakan Lan. Tapi hari ini saya terdetik untuk kongsi saja-saja mesej berkenaan.

“Tidak sangka pula ramai yang marahkan saya. Saya minta maaf sangat-sangat jika ia menyinggung mana-mana pihak,” katanya.

Menurut Shiela, dia reda jika benar-benar dimadukan suatu hari nanti dan menganggap hal itu di luar kuasanya.

Bagaimanapun, katanya, dia sangat mengenali Lan dan sentiasa positif bahawa hal itu tidak akan menimpa rumah tangganya.

“Kalau sudah tertulis takdirnya begitu, saya reda. Namun selama lebih 19 tahun mengenali Lan, tiada pula hal sebegini mengganggu hubungan kami.

“Lagipun saya risau dan tak yakin Lan boleh memberi komitmen kepada orang baru nanti. Sekarang pun banyak perkara yang dia masih susah untuk tangani.

“Tak mungkinlah kot,” katanya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram itu, Shiela meminta sekiranya wanita yang ada jodoh dengan suaminya harus menyayangi anak-anak mereka juga.

Disiarkan pada: April 1, 2018 @ 7:23pm
d