rap

Along Cham masuk hospital

Oleh Amirul Haswendy Ashari.

PELAKON dan pelawak popular, Along Cham dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman dalam darah.

Along atau nama sebenar Muhammad Nizamuddin Ahmad, 35, dihubungi sebentar tadi berkata, tubuhnya rasa tidak selesa selepas tamat penggambaran filem arahan Mawi, bulan lalu.

"Ketika mengacara majlis, tubuh saya semakin lemah malah selera makan juga berkurangan.

"Selepas pulang dari Sarawak kerana memenuhi jemputan pengacaraan program di sana, saya terus ke Pusat Perubatan Kempas, Johor Bahru," katanya.

Selepas dimasukkan ke pusat itu Selasa lalu dia akhirnya dibenarkan keluar pada tengahari semalam.

Buat masa ini, dia mahu berehat sebelum menjalani pemeriksaan kesihatan susulan minggu depan.

Disiarkan pada: April 6, 2018 @ 3:19pm
d