rap

Doakan anak Azrul kembali sembuh

Oleh Amirul Haswendy Ashari

ANAK bongsu pelawak dan pengacara, Azrul Zaidi, 43, Nur Raudhah Batrisyia, lapan bulan, kini bertarung nyawa akibat jangkitan kuman di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang.

Azrul atau Asrul Zaidi Jamaluddin ketika dihubungi, berkata anaknya sudah dirawat di wad itu sejak 11 hari lalu.

“Semalam, doktor sudah mengambil cecair dari tulang belakang untuk memeriksa jenis kuman yang aktif menyerangnya.

“Setakat ini, doktor beritahu keadaan anak saya stabil, cuma pihak hospital masih melakukan pemantauan dari masa ke semasa,” katanya.

Buat masa ini, doktor masih menunggu keputusan ujian bagi menentukan jenis antibiotik yang sesuai untuk rawatan pencegahan.

Bapa kepada lima anak ini berkata, anak bongsunya itu pada mulanya mengalami demam.

Doktor memberitahu hanya demam biasa selepas dibawa ke klinik, dua minggu lalu.

Pada sebelah malam selepas mendapatkan rawatan di klinik, demam dan batuk semakin teruk menyebabkan Azrul terus membawa anaknya ke hospital dan ditahan di ICU.

Disiarkan pada: April 6, 2018 @ 6:38pm
d