rap

Ada pulak 'lebih sudu dari kuah'

Oleh Cik Pang

Dari minggu lepas sampai sekarang, kisah penyanyi Aiman Tino ‘ditampar’ dramatis Fazlina Datuk Ahmad Daud masih jadi perhatian.

Malah, ada netizen mungkin dalam kalangan peminat tegar Aiman masih sakit hati meskipun isu itu sudah selesai secara baik.

Apa yang menarik perhatian Cik Pang, dengarnya Aiman tak serik mahu timba ilmu untuk menjadi pelakon berjaya suatu hari nanti.

Walaupun kisah Aiman ditampar hangat didebatkan, penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu nampaknya langsung tak ambil hati dengan tindakan Fazlina.

Malah, dengarnya juga Aiman masih rela berlakon dengan Fazlina sekiranya ada peluang yang lain. Kagum betul Cik Pang pada Aiman dengan sikapnya profesionalnya.

Menurut rakan Cik Pang, Aiman tak kesah pun sebenarnya tetapi orang lain yang tak kena ‘penampar’ itu senak perut kenangkan nasib dan maruah Aiman.

Jadi, kalau Aiman pun okey maka peminatnya atau sesiapa saja janganlah lebih-lebih pula. Isu tamat dan Cik Pang sendiri sudah lama tebal telinga dengar perumpamaan ‘lebih sudu dari kuah’.

Disiarkan pada: April 8, 2018 @ 3:40am
d