rap

Deepika ingin teroka dunia penerbitan filem

Oleh HM Digital

Aktres Bollywood, Deepika Padukone memberitahu dia teringin meneroka dunia penerbitan filem.

Kata Deepika, dia bercadang menubuhkan syarikat produksi dan mempunyai visi tersendiri untuk membangunkan industri filem Bollywood.

“Saya mahu menyatupadukan rakyat dalam sebuah filem.

“Saya juga ingin merasai pengalaman betapa sukarnya untuk menghasilkan sebuah naskhah sebelum ia ditayangkan di pawagam.

“Ia pengalaman baru buat saya dan pastinya menyeronokkan,” katanya.

Disiarkan pada: April 10, 2018 @ 5:30am
d