rap

Rezeki Risteena...

Oleh Amirul Haswendy Ashari

PELAKON filem Qhaliq, Risteena Munim, 28, menerima Anugerah Ikon Usahawan Tahunan Kosmetik & Pakaian pada Malam Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2018 anjuran Niaga Times, semalam.

Risteena dihubungi, berkata dia gembira kerana usahanya untuk berjaya dalam bidang lakonan dan perniagaan mula menampakkan hasil.

"Saya baru setahun berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dan saya sangat bersyukur diberi penganugerahan seperti ini.

"Saya percaya kesungguhan, pengorbanan mencari rezeki serta sibuk dengan penggambaran dan bersungguh-sungguh tanpa putus asa dalam bidang perniagaan dijalankan sekarang membuahkan hasil," katanya.

Beberapa selebriti tempatan turut menerima beberapa anugerah dalam pelbagai kategori berbeza.

Penyanyi pop Irama Malaysia Noraniza Idris menerima Anugerah Usahawan Budaya manakala Anugerah Personaliti Seni Muzik kepada penyanyi, Jaclyn Victor.

Anugerah Kepimpinan Industri Perfileman milik pengarah dan penerbit filem, Ahmad Idham Nadzri.

Disiarkan pada: April 20, 2018 @ 10:17pm
d