rap

Kajol mahu cabar diri

Oleh Najiy Jefri

Kajol Devgan dikatakan tidak berminat untuk melakonkan watak sama dalam mana-mana filem terbaru lakonannya selepas ini.

Berita itu didedahkan suaminya, Ajay Devgan yang memberitahu, mereka sudah berada pada satu fasa dalam kerjaya masing-masing.

“Kami tidak lagi berminat untuk membawakan watak stereotaip seperti pasangan bercinta dan sebagainya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kajol kini giat menjalani penggambaran filem berjudul Eela yang turut diterbitkan Ajay.

Disiarkan pada: April 24, 2018 @ 2:27am
d