rap

Oops, sorry tak perasan...

Oleh Michelle Gun

PENYANYI remaja Ismail Izzani enggan memberi sebarang komen berhubung dakwaan seluar yang dipakai ketika persembahan di program Melodi baru-baru ini, menampakkan bentuk kemaluannya.

Pemilik lagu Luar Biasa itu menjadi bualan hangat netizen selepas memuat naik gambar membuat persembahan bersama Alif Sleeq di Instagram.

Ismail ketika dihubungi hari ini memberitahu, sudah memadamkan gambar terbabit dari akaun media sosialnya.

"Saya tidak menyedari gambar itu ada sesuatu tidak kena dengan seluar dipakaikan ketika berkongsinya di Instagram.

"Selepas isu terbabit timbul saya segera memadamkan gambar itu," katanya.

Dalam pada itu, Ismail berkata dia akan lebih berhati-hati apabila memuat naik gambar di media sosial bagi mengelak kontroversi timbul.

"Saya tidak mahu komen lanjut mengenai perkara ini. Lagi pun, lama-kelamaan, orang akan melupakannya," katanya.

Disiarkan pada: April 28, 2018 @ 1:26pm
d