rap

Sonam fobia dicabul

Oleh HM Digital

Sonam Kapoor masih trauma apabila pernah dicabul pada usia 13 tahun.

Sonam, 32, berkata, insiden yang menimpanya itu dilaporkan kepada guru, tetapi tiada tindakan diambil.

“Kejadian saya diraba seorang lelaki berlaku di sebuah pawagam. Keadaan gelap membuatkan saya tidak nampak pelakunya. Saya hanya berusia 13 tahun pada waktu itu dan tentu saja ia menjadi pengalaman menakutkan.

“Saya masih ingat selepas itu saya mengadu kepada guru dan kaunselor di sekolah. Mereka memaklumkan semua orang melakukannya dan meraba bukan dianggap cabul. Mereka sangka hanya merogol perbuatan mencabul, “ katanya yang menganggap sistem pendidikan dan pemahanan seks di sekolah masih rendah di negaranya.

Disiarkan pada: May 2, 2018 @ 4:41am
d