rap

'Tunggu konsert sulung kami' [METROTV]

Oleh Ramlah Zainal

KUMPULAN Ruffedge yakin usia bukan penghalang buat mereka mengadakan konsert sulung tahun ini sebagai penghargaan buat peminat setia.

Konsert istimewa sempena ulang tahun ke-20 kumpulan itu akan berlangsung jam 9 malam di KL Live Kuala Lumpur pada 4 Ogos nanti.

Menurut anggota kumpulan itu, Sein, pihaknya yakin ia masa yang tepat untuk mereka mengadakan konsert selepas 10 tahun menyepi dalam bidang muzik.

“€œMungkin ada pihak yang bertanya kenapa kami tidak buat konsert ketika zaman muda dulu?

“€œSebenarnya, kami berasa layak untuk buat konsert pada tahun ini bersandarkan pengalaman dan kematangan dalam bidang muzik.

“€œSelain aspek stamina, kami juga kumpulkan semua pengalaman untuk berikan yang terbaik pada konsert nanti,” €katanya.

Sein berkata pada sidang akhbar pengumuman istimewa Ruffedge berlangsung di Black Box, Publika, Kuala Lumpur, hari ini.

Selain Sein, kumpulan itu dianggotai Zain, Cat Farish, Azan dan Mode.

Manakala, seorang lagi anggota, Amir tidak hadir pada sidang media itu.

Sein berkata, pihaknya menjanjikan kelainan dalam konsert berkenaan.

“€œSebelum ini, kami pernah mengadakan showcase dan ia julung kali mengadakan konsert.

“Ramai peminat yang bertanya bila kami akan buat konsert dan ternyata doa mereka sudah dimakbulkan Tuhan,”katanya.

Mengenai lagu, Sein berkata, pihaknya akan menyampaikan rangkaian puluhan lagu popular kumpulan itu khusus untuk peminat.

“€œKonsert akan berlangsung dalam tempoh dua jam.

Antara lagu akan disampaikan adalah Bila Rindu, Khayalan, Tipah Tertipu, Lemas, Tiada Lagi Cinta, Da€™ Bomb dan banyak lagi,” €katanya.

Disiarkan pada: May 2, 2018 @ 3:50pm
d