rap

'Saya dah lama kahwin' - Haida

Oleh Sudirman Mohd Tahir

TEKA-teki mengenai status perkahwinan penyanyi Haida Hafiz terjawab apabila mendedahkan sudah berkahwin dengan lelaki pilihannya yang ingin dikenali sebagai Mr R.

Namun Haida enggan berkongsi butiran lanjut.

Haida atau Noor Haida Mohd Idris, 37, yang juga bekas peserta program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) berkata, dia meminta maaf kerana selama ini berahsia daripada pihak media dan peminat.

“€œSebelum ini kalau ada rakan media bertanya mengenai kehadiran lelaki yang selalu ikut saya walau ke mana juga, saya selesa untuk tidak berkongsi.

“€œMalah ketika menyetai GV4 pun saya tidak bercakap perkara ini. Kalau boleh biarlah kerjaya saya ke depan. Dalam masa sama waktu itu saya nak fokus pertandingan. Saya berterima kasih kepada rakan media yang faham.

“€œSaya selalu cakap, sampai masa saya beritahu. Macam sekarang, saya fikir ini waktu sesuai. Sejujurnya, saya dan suami sudah lama berkahwin. Bila dan di mana, biarlah ia kekal menjadi rahsia. Tidak ramai tahu kecuali dalam kalangan keluarga saja,”€ katanya kepada Harian Metro.

Haida yang popular menerusi lagu Zapin Usik Mengusik bersama kumpulan Senario berkata, dia tidak kisah tanggapan orang sekeliling mengenai perkahwinannya itu.

“€œTidak ada sebab nak berahsia sangat, cuma prinsip saya tidak mahu terlalu bercerita soal peribadi. Lagi pula sebelum ini saya tidak aktif menyanyi.

“€œApabila menyertai GV4, orang kembali mengenali saya. Kebetulan ternampak pula ada pasangan bersama saya. Jadi, ia menimbulkan tanda tanya.

“€œApa pun tanggapan orang, biarlah. Saya anggap ia seperti angin lalu. Cukup saya beritahu sudah berpasangan dan bernikah,”€ katanya.

Haida pernah berkahwin dengan bekas penerbit rancangan televisyen, Aminudin Yahya pada 2004 dan bercerai tujuh tahun selepas itu.

Menerusi perkahwinan itu, Haida dikurniakan anak lelaki, Muhammad Al Hafiz Aminuddin yang kini berusia 13 tahun.

Disiarkan pada: May 3, 2018 @ 1:29pm
d