rap

Doakan Eddie Wings kembali sembuh

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

"KAMI minta maaf Eddie tidak dapat hadir pada majlis petang ini kerana dia kini berada di Hospital Ampang akibat demam denggi.

"Dia mengalami demam serta muntah-muntah sejak seminggu lalu dan dimasukkan ke hospital kelmarin (Rabu)," jelas vokalis Wings, Datuk Awie mengulas ketiadaan pemain gitar bass, Eddie pada sidang media sempena program Nostalgia Jalan Tuanku Abdul Rahman di sebuah hotel di Kuala Lumpur, petang tadi.

Awie bagaimanapun masih belum berkesempatan melawat rakannya kerana baru pulang daripada penggambaran drama bersiri Bila Tuhan Berbisik Cinta di Sungai Golok, Thailand.

"Memang jadual saya agak sibuk kerana baru sampai dari Thailand dan kemudiannya terus ke majlis petang ini.

"Diikutkan saya sendiri agak kepenatan sehingga tekanan darah pun rendah.

"InsyaAllah selepas ini saya akan melawat Eddie. Namun saya bersyukur kerana keadaan kesihatannya semakin baik sekarang selepas mendapatkan rawatan," katanya.

Disiarkan pada: May 4, 2018 @ 7:13pm
d