rap

Tolak tawaran duta RM1j

Oleh Cik Pang

Sekarang, melambak produk memutihkan kulit boleh dibeli di pasaran.

Bagi melariskan produk, ada segelintir usahawan mengambil artis terkenal sebagai duta bagi menarik perhatian pelanggan.

Namun, Cik Pang harus memuji pendirian tegas pelakon Sharifah Amani atau lebih mesra membahasakan diri sebagai Nani menolak tawaran menjadi wajah produk pemutihan kulit.

Katanya, bayaran ditawarkan sebanyak RM1 juta. Jumlah itu sememangnya sangat lumayan, rugi kalau tolak.

Menerusi status di media sosialnya, Nani turut menceritakan dia enggan menerima tawaran itu kerana mendengar nasihat ibunya.

Ini kerana produk sedemikian dikuathiri ada bahan terlarang yang boleh memundaratkan kesihatan.

Mujur juga Sharifah tidak gelap mata, maklumlah siapa tidak mahu menjadi jutawan.

Bagus juga dia memberi kesedaran kepada pengikutnya menerusi perkongsian itu, maklumkan sekarang ramai wanita berlumba-lumba mahu memutihkan kulit demi kecantikan.

Bagi Cik Pang, betul juga apa ibu Nani kata, orang Asia mana ada putih seperti Minah Saleh.

Disiarkan pada: May 6, 2018 @ 2:25am
d