rap

Seiras ke?

Oleh Sudirman Mohd Tahir

PELAKON, Ben Amir terkejut apabila Instagram dan Twitter miliknya dibanjiri komen mengatakan wajahnya iras Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 28, berkata, dia tidak kisah jika netizen memperkatakan perkara itu kerana secara peribadi menjadikan Syed sebagai idola dalam memperjuangkan suara anak muda.

“Diakui, memang ramai peminat yang ‘mention’ diTwitter dan Instagram mengatakan muka dan kening kami sama. Betul ka? Tetapi apabila saya tengok balik, rasanya bahagian kening yang sama sebab tebal.

“Saya tak ada masalah orang cakap macam itu. Apa yang penting adalah perjuangan anak muda yang lebih baik.

“Dia juga memainkan peranan penting untuk menaikkan semangat orang muda untuk berjuang, sekali gus memberi nafas baru untuk orang muda,” katanya kepada Harian Metro.

Ben yang juga pelakon Jojie Gigil di TV3 berkata, dia menyifatkan suara perjuangan Syed inspirasi kepada golongan muda.

“Saya mula tahu Syed apabila orang mulai memperkatakan dirinya di laman sosial. Dia banyak bersuara mengenai masa depan golongan muda.

“Malah perjuangan sama juga ada dalam diri saya. Bagi saya ia lebih penting daripada rupa. Kita mahu peranan anak muda lebih lagi dalam mewujudkan Malaysia baru.

“Saya juga berharap lebih ramai lagi anak muda bersuara dan menggunakan pengaruh pengikut di laman sosial untuk kebaikan di Malaysia dan bukan menimbulkan perkara yang tidak berfaedah,” katanya.

Disiarkan pada: May 13, 2018 @ 5:17pm
d