rap

Semangat baru Ning Baizura

Oleh Ardini Sophia Sina

PENYANYI, Ning Baizura tidak menyangka lirik video lagu Greatest Gift Of Love ditujukan khas buat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat lebih 60,000 tontonan di YouTube.

Ning, 43, video itu dimuat naik sejak empat hari lalu dengan judul Tribute To Tun Mahathir sebagai tanda penghargaan kepada Perdana Menteri Ke-7 itu.

"Sebenarnya lagu itu sudah lama ditulis dan saya kerap nyanyikan pada majlis korporat. Ia memang digubah khas untuk pemimpin dan individu yang membawa perubahan pada negara.

"Tetapi, kali ini saya rasa ingin tujukan lagu itu khas buat Perdana Menteri kita. Sebab itulah saya masukkan lagu itu dengan paparan gambar dan video pendek berkaitan Tun Dr Mahathir," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ning yang sudah 25 tahun dalam industri merancang untuk tampil dengan lagu baharu selepas hari raya Aidilfitri dan membuat siri jelajah ke beberapa negeri.

"Saya rancang buat jelajah ke beberapa negeri termasuk Sabah dan Sarawak sempena ulang ke-25 tahun dalam industri muzik," katanya.

Disiarkan pada: May 15, 2018 @ 7:35pm
d