rap

Terkejut Rafly sudah pergi...

Oleh Rudy Imran Shamsudin

PENYAMPAI Radio Hot FM dan pengacara, Mohamad Hafizie Roslan atau Fizie, sedih apabila mengetahui rakan baiknya dan bekas rakan sekerja, juga bekas penyampai radio Hot FM Terengganu dan Manis FM, Rafly Rahamat dilaporkan meninggal dunia pada jam 7.10 malam tadi.

Lebih membuat Fizie berasa sedih apabila berita pemergian Rafly diperoleh sewaktu dia dalam perjalanan pulang dari melawat arwah di rumah kedua orang tuanya di Felda Bukit Kuantan.

Fizie ketika dihubungi berkata, sewaktu menziarah Rafly, dia kelihatan sangat lemah.

"Bagaimanapun apabila saya bercakap dengannya ketika itu arwah masih lagi memberi maklum balas," katanya.

Berkongsi mengenai punca kematian Rafly, kata Fizie temannya itu menderita penyakit misteri sejak bulan Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun jelas Fizie, penyakit dideritai Rafly bertambah teruk dan tidak menunjukkan sebarang perubahan Februari lalu.

Katanya, jenazah akan dikebumikan di Felda Bukit Kuantan, Kuantan, sebelum Zohor, esok.

Disiarkan pada: May 19, 2018 @ 11:54pm
d