rap

Mimi, Shahir masih kawan

Oleh Cik Pang

Bermula 9 Mei lalu, cerita dan berita politik tidak pernah habis. Ada saja cerita panas yang menghiasi dada akhbar.

Malah media sosial ketika ini dibanjiri dengan pelbagai komen positif dan negatif. Hal ini sedikit sebanyak mencetuskan ribut dalam persahabatan dan hubungan kekeluargaan.

Namun, cerita yang Cik Pang nak kongsikan ini adalah penyatuan dua hati yang dikatakan kembali berbunga menjadi sahabat.

Kisahnya mengenai bintang Akademi Fantasia Shahir dengan wanita yang pernah mencetuskan api kemarahannya tidak lama dulu.

Siapa lagi kalau bukan Mona Syamimi atau lebih dikenali sebagai Mimi yang didakwa mempunyai hubungan dengan finalis program AF Megastar itu sehingga menjadi tular Oktober tahun lalu.

Menurut sumber Cik Pang, Shahir kini sudah berbaik dengan Mimi

dan mereka saling berjumpa dan berhubung menerusi WhatsApp.

Alhamdulillah, nampaknya sudah tiada dendam selepas Mimi tampil membuat pendedahan mengenai statusnya dengan Shahir sebagai kawan dan bukan peminat atau penyokongnya di pentas AF Megastar seperti didakwanya sebelum ini.

Diharapkan hubungan baik yang berlangsung ini akan terus berkekalan dan tiada lagi sengketa.

Cik Pang saja nak ingatkan kadang-kadang orang yang kita tak suka, itulah jodoh kita nanti. Jadi Cik Pang harap janganlah kita saling bermusuhan.

Nak berkawan tidak salah, tapi niatnya harus betul dan perlu berterus-terang supaya segala kekeliruan tidak disalah tafsir pelbagai pihak.

Tiba-tiba Cik Pang rindu pula nak dengar khabar Shahir. Lama rasanya dia menyepi selepas menyertai program AF Megastar. Apalah yang dibuat Shahir sekarang.

Harap-harap Shahir sihat walafiat dan janganlah ‘menyorok’ lama-lama. Peminat rindukan awak termasuk Cik Pang.

Disiarkan pada: May 20, 2018 @ 4:21am
d