rap

'Tak tutup pintu hati pada lelaki'

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

PENDAKWAH dan penyanyi, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman, 36, mengakui tidak serik untuk berkahwin lagi sekaligus menamatkan status ibu tunggal yang dipegang sejak 2016.

Johan Qariah Tilawah Al-Quran 2009 ini berkahwin dengan Datuk Seri Mohammad Hizal Othman pada 2012 serta dikurniakan seorang anak lelaki, namun kemudiannya bercerai pada 20 April 2016.

“€œMemang semua sedia maklum saya kini kembali solo dan hidup berdua dengan anak yang sudah masuk empat tahun.

“€œTidak dinafikan saya memang mencari juga pengganti bagi mengisi kekosongan dihati. Saya ber jiwa Arab tetapi susah untuk terima lelaki Arab kerana tidak mahu mengalami nasib seperti kawan-kawan lain yang terpaksa tinggal di sana.

“€œBudaya mereka sangat berbeza dengan kita. Saya seorang yang ceria dan sukar bayangkan jika dilarang bercakap, bergerak ke mana-mana atau mempunyai suami yang cemburu,”€ katanya kepada Harian Metro.

Menurut Sharifah Khasif, sekiranya bertemu orang tempatan berdarah Arab dan memenuhi ciri-ciri sesuai dengannya dia tidak menolak untuk dijadikan sebagai suami.

“€œYa jiwa saya jiwa Arab. Bagaimanapun jika bertemu orang yang memahami saya dan juga faham keadaan saya, dengan kerja saya dan boleh bersama-sama dalam kerja Al-Quran, memang saya akan terima.

“€œJika ada jodoh dalam waktu terdekat, memang saya tidak akan berfikir panjang. Janji dia bersama saya dalam memperjuangkan agama.

“Ini kerana saya nak mengelakkan fitnah. Dalam status sekarang, ada pro dan kontranya kerana saya senang nak keluar berurusan. Tetapi saya ada anak kecil yang perlu diuruskan. Bagaimanapun saya perlukan ‘bahu’ untuk menumpang. Saya perlukan orang lelaki untuk membela,” katanya yang mengakui hubungannya dengan bekas suami baik kerana anak.

Sharifah Khasif berkata, mempunyai anak perempuan dan lelaki amat berbeza dan inilah perasaan yang dilaluinya.

“Tidak dinafikan apabila kita mempunyai anak lelaki, jiwa sudah lain. Walaupun dia masih kecil, memang lain. Tetapi anak perempuan jiwanya sama macam kita. Anak lelaki secara tidak langsung menumbuhkan kekuatan pada diri saya. Akhirnya saya sedar bahawa cinta adalah kekuatan saya,” katanya.

Menambah lagi, Sharifah Khasif menafikan dirinya memilih status dan kedudukan seseorang lelaki sebelum bersetuju memilihnya sebagai suami.

“Saya sendiri tidak faham kerana kadang-kadang saya pernah buat program amal dan minta sumbangan dari beberapa pihak.

“Apabila pengurus perhubungan saya usulkan surat kepada mereka, spontan mereka kata saya dah kaya dan enggan bantu sedangkan saya amat mengharapkan bantuan.

“Saya juga manusia biasa. Saya pernah bercakap dengan emak bahawa saya boleh terima jodoh seorang lelaki yang walaupun tiada apa-apa tetapi dia ada Al Quran dan boleh bersama-sama dengan saya, amat dialu-alukan,” katanya.

Menurutnya, dia hanya inginkan suaminya sentiasa bersamanya dalam susah dan senang serta ikhlas menerimanya seadanya.

Disiarkan pada: May 22, 2018 @ 4:57pm
d