rap

Untunglah Wawa dapat Mercedes

Oleh Sudirman Mohd Tahir

PELAKON, Aeril Zafrel menghadiahkan kereta mewah jenis Mercedes Benz C200 berharga RM250,000 kepada isterinya, Wawa Zainal.

Aeril atau Suhairil Sunari, 30, berkata hadiah itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Wawa kerana menjadi isteri dan ibu yang baik kepada dua anak mereka, Ahmad Fakharuddin Attar, 5, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 3.

“€œAlhamdulillah, saya bersyukur dengan limpahan rezeki diberikan. Saya beritahu Wawa mengenai perkara ini dan minta dia pilih sendiri jenis kereta yang disukai.

“€œLagi pula, kereta ini dia yang gunakan jadi memang kena ikut cita rasanya. Kalau saya main beli saja, nanti dia tidak suka pula. Merugikan dan membazir saja.

“€œSaya juga membeli nombor kereta khas untuknya. Namun, hadiah ini masih tidak dapat membalas segala jasa dan pengorbanan diberikan untuk saya, rumah tangga dan anak,”€ katanya kepada Harian Metro.

Aeril yang juga pelakon Patahnya Sebelah Sayap berkata, dia memilih kereta kerana ia jauh lebih berguna daripada barang lain.

Dalam masa sama, Aeril menepis tanggapan segelintir pihak yang mengatakan dia menunjuk-nunjuk atau bersikap riak.

“€œSaya tidak pasti jika ada beranggapan sedemikian. Namun, saya okey dan tidak mahu ambil peduli. Asalkan saya tidak mengganggu hidup mereka.

“€œCuma, ingin dijelaskan saya bukan jenis sebegitu. Kalau perasan, selama ini mana pernah saya buat semua ini. Perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada lelaki lain cara bagaimana untuk menghargai pasangan mereka,”€ katanya.

Disiarkan pada: June 4, 2018 @ 12:52pm
d