rap

Johnny Depp cengkung, kurus

Oleh Susunan Michelle Gun

PEMINAT Johnny Depp, 54, terkejut apabila mendapati bintang Hollywood itu kini cengkung dan terlampau kurus.

Penampilan pelakon dan penyanyi kumpulan Hollywood Vampires itu menyebabkan peminatnya risau dia mungkin sakit.

Depp menjadi bualan hangat selepas peminat Rusia memuatnaik gambar bersamanya di konsert Hollywood Vampires di negara itu, baru-baru ini.

Bagaimanapun, ada peminat menganggap Depp menguruskan badannya sebagai persiapan untuk watak baru.

Menurut USA Today, pelakon itu bakal membintangi dalam filem City of Lies yang mengisahkan pembunuhan penyanyi Tupac Shakur dan Notorious B.I.G.

Selain itu, dia juga akan beraksi dalam filem baru Fantastic Beasts iaitu The Crimes of Grindelwald yang akan menemui penonton pada November ini.

Bekas suami pelakon Amber Heard ini dikhabarkan sering membazir wang termasuk membelanja AS$30,000 sebulan untuk membeli wain mahal.

Dia juga dikatakan mengambil kokain.

Tahun lalu, Depp dilaporkan hadir ke program bual bicara Graham Norton Show dalam keadaan lalok untuk mempromosi filem Murder On The Orient Express.

Disiarkan pada: June 4, 2018 @ 8:44pm
d