rap

Acha tak tumpang populariti Achik Spin, Tajul

Oleh Ardini Sophia Sina

PENYANYI baharu, Nur Aishah Shari atau Acha menegaskan dia tidak pernah menggunakan nama arwah abangnya, Achik Spin atau adiknya, Tajul bagi menempatkan diri dalam industri seni suara tanah air.

Tampil dengan single sulung berjudul Kejam, kata Acha, dia berusaha keras untuk berdiri sendiri tanpa dibayangi populariti adik-beradiknya yang sudah terlebih dahulu menempa nama sebagai penyanyi.

“Tidak dinafikan, mereka terlebih dahulu mencipta nama dalam industri seni tetapi itu tidak bermakna saya menumpang populariti agar turut sama dikenali sebagai penyanyi.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh lari dari terus dikaitkan dengan mereka. Nama pun adik-beradik, memanglah akan ada yang terus bercakap mengenai kami sekeluarga,” katanya.

Tambahnya Acha lagi, dia juga tidak berkecil hati andai umum lebih mengenali dirinya sebagai adik arwah Achik Spin mahupun kakak kepada Tajul.

“Saya tidak terasa walaupun umum kenal saya sebagai adik atau kakak kepada penyanyi terkenal.

“Malahan, saya bangga dengan pencapaian mereka. Dan kerana merekalah saya berani untuk bergiat aktif dalam seni suara,” katanya.

Disiarkan pada: June 6, 2018 @ 3:33pm
d