rap

'Lebih selesa guna platform digital'

Oleh Georgie Joseph

PENYANYI, Faizal Tahir sudah tidak kisah sama ada lagunya masuk radio atau tidak.

Ini kerana dia lebih selesa menggunakan pelbagai platform digital yang wujud sekarang.

Faizal, 39, bahkan tidak risau untuk melancarkan lagunya bila-bila masa tanpa mahu menetapkan masa atau tarikh yang lebih tepat.

“Kalau perasaan, kebelakangan ini saya terus muat naik lagu saya di platform digital sebaik siap. Saya tidak perlu war-warkan sangat dan biarkan serta tunggu saja bagaimana penerimaan pendengar.

“Ternyata cara begitu lebih berkesan dan sambutan pun sangat bagus. Ia membuatkan saya sudah tidak mahu fikir mengenai formula pun bagaimana menaikkan lagu.

“Saya banyak terpengaruh dengan golongan muda sekarang ini yang terus masuk Spotify ataupun YouTube untuk mengakses lagu. Bagaimanapun, bukan saya menolak kepercayaan terhadap radio. Kalau dimainkan, saya ok saja,” katanya.

Faizal berkata sekarang dia lebih suka memfokuskan kepada mempersiapkan kerja terutama sekali produk terbarunya.

“Banyak hal membabitkan produksi saya kena siapkan sekarang ini terutama sekali lagu untuk album akan datang. Jadi, mana yang siap memang serta-merta terus lancarkan saja tanpa bertangguh,” katanya.

Disiarkan pada: June 6, 2018 @ 6:38pm
d