rap

'Belum tahu lagi'

Oleh Amirul Haswendy Ashari

PENYANYI rap popular, Muzzammil Alias atau Waris, 29, tidak dapat memberi kata putus sama ada nekad tidak mahu berlakon andai ada lagi tawaran selepas ini.

"Bukan saya tak nak berlakon lagi pada masa depan tapi pada masa ini mahu fokus pada muzik hip hop.

"Saya tak berani nak cakap saya nekad tidak mahu terima sebarang tawaran berlakon pada masa depan cuma akan cuba elak selagi boleh," katanya.

Waris ditemui pada majlis pra-tonton filem This Is Pilah The Movie, berharap peminatnya dapat menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

Katanya, andai peminat tetap mahukan dia berlakon juga pada masa depan, dia meminta agar permintaan mereka itu lebih relevan.

"Mak ayah saya selalu kata, buatlah benda yang kita suka," katanya.

Filem This Is Pilah The Movie arahan Rosdi Md Dali menampilkan barisan pelakon baru dan lama antaranya Juzzthin, Iesna, Kazar, Joey Daud, Ebby Yus dan ramai lagi.

Filem bergenre komedi drama yang menggunakan sepenuhnya dialek Negeri Sembilan ini mula ditayangkan hari ini (21 Jun).

Disiarkan pada: June 21, 2018 @ 7:32pm
d