rap

Wanna, Megat Jufri teman tapi mesra

Oleh Amirul Haswendy Ashari

PENYANYI dan pelakon jelita, Wanna Ali, 20, enggan mendedahkan tahap hubungannya dengan anak sulung produser popular, Datuk Ziela Jalil iaitu Megat Jufri Nasrullah.

"Kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing namun belum ada lagi perancangan untuk bertunang.

"Lagi pun, kami masih muda dan perjalanan kerjaya masih lagi panjang untuk memikirkan cinta," katanya.

Pelakon filem Bopeng itu berkata, mereka sudah lama mengenali satu sama lain kerana pernah belajar di kolej yang sama sebelum ini.

Wanna yang popular menerusi lagu Lepaskanlah dan Tak Mengapa, tidak menafikan mereka sudah bertemu keluarga masing-masing kerana tidak mahu menyembunyikan hubungan itu.

Apatah lagi ibunya, Datuk Ayu Puteh, seorang produser turut berkawan rapat dengan ibu Megat Jufri kerana turut berada dalam industri hiburan.

Hubungan mesra Wanna dan Jufri dihidu selepas mereka dilihat sering memuatnaik gambar bersama di laman sosial Instagram masing-masing.

Disiarkan pada: July 2, 2018 @ 6:59pm
d