rap

Hrithik makin romantik lepas cerai

Oleh HM Digital

Pelakon Hrithik Roshan mendedahkan pernah menerima ucapan romantik daripada bekas isterinya, Sussanne Khan.

Kata Hrithik, dia menerima ribuan ucapan dikirimkan pengikutnya di laman Instagram, namun yang paling istimewa adalah apabila Sussanne menulis ucapan romantik buatnya.

“Selalu dan selamanya awak akan menjadi sinar matahari dalam hidupku.

“Senyumlah kerana senyum itu yang paling bersinar dan awak akan selalu menyebarkan cahaya itu tanpa batas,” kata Sussanne.

Selepas bercerai, pasangan ini dikatakan lebih romantik dan seolah-olah memperlihatkan mereka masih mencintai antara satu sama lain.

Pasangan yang bercerai pada 2014 itu memilih untuk hidup berasingan.

Disiarkan pada: July 3, 2018 @ 12:36pm
d