rap

Padam komen elak bergaduh - Tania Hudson

Oleh Ardini Sophia Sina

PELAKON Tania Hudson mengakui enggan melayan komen negatif ditulis netizen di laman sosial mahupun menyekat akaun individu terbabit.

Kata pelakon membintangi filem KL Special Force itu, dia hanya akan memadam komen membuatkan dirinya atau pengikut lain kurang selesa.

“Saya tidak pernah balas pelbagai komen negatif ditulis netizen di Instagram. Kalau tidak suka, kurang selesa atau boleh menyebabkan pergaduhan dalam kalangan mereka, lebih baik saya padam.

“Ada sesetengah selebriti mungkin terus sekat akaun berkenaan. Tetapi, saya tidak buat begitu kerana mereka pasti kembali dengan akaun palsu yang lain,” katanya.

Mulai menceburi bidang seni sejak berusia 18 tahun, Tania sudah biasa dengan asam garam bahan kecaman dan kritikan dari ‘haters’.

“Sebagai selebriti, kecaman memang pakej kerjaya. Cuma dulu tidak ada laman sosial.

“Sekarang ini, sesiapa saja boleh komen terus di Instagram artis berkenaan.

"Saya tidak ambil komen sebegitu secara serius kerana apa saja kita kongsikan dalam laman sosial atau kita lakukan, orang akan terus bercakap," katanya.

Disiarkan pada: July 6, 2018 @ 6:39pm
d