rap

Rody teruja bakal bergelar bapa

Oleh Norhayati Nordin

GITARIS kumpulan Kristal, Rody, 32, berkongsi berita gembira kehamilan isterinya, Niena Azman, 31, menerusi rakaman video pendek ketika pemeriksaan yang dimuat naik di Instagramnya (IG), dua hari lalu.

Rody kelihatan teruja untuk bergelar seorang bapa tidak lama lagi selepas isterinya itu sah hamil anak pertama mereka.

Pemilik nama sebenar Mohd Rodi Baharudin ini turut meluahkan perasaan syukurnya di atas berita gembira untuk bergelar bapa.

"Assalamualaikum semua... Alhamdulillah, syukur pada Allah aku bakal menjadi daddy tidak lama lagi.

"Tidak pernah terfikir semua ini akan terjadi dalam hidupku, di usia 32 tahun aku telah dikurniakan isteri dan seorang anak," katanya.

Rody bertemu jodoh dengan Niena atau nama sebenarnya, Nur Izwani Azman yang juga penjaga gawang pasukan futsal kebangsaan pada 27 April lalu.

Rody juga memberitahu pengikutnya di IG yang isterinya dan kandungan baik.

Tidak ketinggalan, Rody turut

meminta pengikutnya mendoakan semoga Niena tabah dan kuat sepanjang tempoh kehamilan itu.

Ujarnya lagi, dia dan isteri juga memang tidak sabar untuk menanti kedatangan orang baharu dalam hidup mereka.


"Doakan kandungan isteriku dan anakku sihat... Moga isteriku @niena_azmann kuat menjalani proses sebagai mummy...!

"Baby jangan nakal-nakal ya.. rehat elok-elok kat dalam dulu ok... Insya_Allah nanti keluar kita pergi jalan-jalan. Syukur Alhamdulillah... #mamabolobolo #papabolobolo," tulisnya.

Menerusi perkongsian video itu, Rody dan isteri yang seronok melihat pergerakan aktif bayi mereka menyifatkan minat sukan sudah pun diwarisi.

Disiarkan pada: July 8, 2018 @ 5:42pm
d