rap

Suka lihat Fasha berbaju kurung [METROTV]

Oleh Rudy Imran Shamsudin

“SAYA buat suka-suka dan tak tahu pula mendapat tarikan sebegitu,” komen Fasha Sandha apabila aksi Keke Challenge Malaysia yang dilakukan dan dimuat naik di Instagramnya, ditonton lebih dua juta kali.

Bagaimanapun, Fasha berkata, ia bukan kali pertama dia melakukan cabaran yang menjadi tular di laman sosial.

“Sebelum ini saya juga pernah buat Panama Challenge dan Lagi Syantik Challenge juga mendapat lebih sejuta ‘views’ (tontonan) dalam sehari. Namun, Keke Challenge ini paling banyak ditonton,” katanya.

Menjelaskan faktor rakaman dibuat sehingga menarik begitu banyak tontonan, kata Fasha mungkin kerana dia mengenakan baju kurung moden.

“Mungkin itu adalah kelainan dengan artis lain. Tambahan pula kebanyakan yang melakukan cabaran itu terdiri daripada mereka yang masih remaja. Sedangkan saya antara orang dewasa yang berani menyahut cabaran,” katanya.

Katanya, dia menggemari cabaran dan tidak keberatan untuk melakukan cabaran lain atas permintaan pengikut di Instagram.

“Bagaimanapun, saya ingin menegaskan apa saja cabaran yang mahu disahut. Saya nasihatkan agar pastikan ia selamat.

“Seperti Keke Challenge yang saya lakukan. Ia dilakukan di hadapan rumah dan jalannya tidak sibuk. Pastikan juga cabaran dilakukan itu tidak menyusahkan pihak lain,” katanya.

Berita berkaitan

Henti tarian 'Keke Challenge'

Disiarkan pada: July 24, 2018 @ 8:17pm
d