rap

Zahirah dah nak kahwin?

Oleh Cik Pang

Selepas putus cinta dengan aktor popular Zul Arrifin tersebar cerita pelakon semakin mencipta nama Zahirah Mcwilson sudah bertemu cinta baru.

Khabarnya dalam kalangan rakan, hubungan Zahirah dengan kekasih barunya yang juga ahli perniagaan bukan lagi rahsia.

Bukan itu saja, mereka juga sering dilihat menikmati makan malam berdua dan menghadiri majlis membabitkan teman rapat.

Zahirah dan kekasihnya juga tidak merahsiakan hubungan mereka dengan sering kali memuat naik gambar berdua dalam keadaan romantis.

Walaupun mereka baru bercinta, ada berita gembira yang sampai ke pengetahuan Cik Pang. Khabarnya kekasih Zahirah sangat serius dengan hubungan yang terjalin antara mereka.

Dia mahu menikahi Zahirah secepat mungkin dan kalau boleh dalam tahun ini juga. Bagaimanapun perancangan itu terpaksa ditunda kerana Zahirah harus menyelesaikan beberapa projek yang sudah dipersetujui sebelum ini.

Bagi Cik Pang, perkara yang baik tidak harus dilengah-lengahkan. Kalau kedua-dua pihak sudah bersetuju, lebih baik urusan nikah kahwin disegerakan.

Tambahan pula keluarga kekasih Zahirah, katanya sudah bertemu dengan pelakon jelita itu dan mereka tiada halangan sekiranya mereka mahu berkahwin.

Tak sabarnya Cik Pang hendak mendengar daripada mulut Zahirah mengenai perancangan perkahwinan itu.

Inilah namanya jodoh. Kadang-kadang bercinta terlalu lama sudah tertulis bukan jodoh, kita tidak dapat bernikah dengan orang yang disayangi.

Dan, tak mustahil orang yang baru jumpa dua tiga bula rupa-rupanya jodoh kita.

Disiarkan pada: July 29, 2018 @ 4:15am
d