rap

Marah betul Fazura...

Oleh Ramlah Zainal

PELAKON popular, Fazura berasa marah dengan tindakan pelakon Faezah Elai mempersenda bentuk tubuh penerima trofi yang mewakilinya pada acara Anugerah Telenovela 2018, minggu lalu.

Menurut Fazura, 35, perbuatan itu tidak berwibawa dan tidak sihat serta memalukan pada masyarakat.

“Kalau di Amerika Syarikat, mereka pasti digam kerana memainkan isu sensitif seperti itu.

“Tapi, kita Malaysia seolah-olah dapat menerimanya.

“Sebagai selebriti, saya berasa terpanggil untuk menyuarakan perkara seumpama itu sebagai wakil pihak yang tidak boleh bersuara,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Fazura lagi, gara-gara insiden itu, penerima anugerah terrbabit turut mengalami kemurungan sementara.

“Apa membuatkan saya berasa marah dan sedih adalah kerana wakil penerima trofi itu adalah dari ahli kelab peminat selama lebih 10 tahun.

“Sepatutnya dia (wakil) ada acara keluarga tetapi membatalkannya saat akhir kerana mahu mewakili saya malam itu (Sabtu),“ €katanya.

Fazura turut mengecam kenyataan seorang pelawak wanita yang menganggap perkara itu sebagai gurauan di media sosial.

“€œSaya tidak bersetuju dengan tindakan pelawak itu kerana mungkin perkara itu tidak berlaku kepada dirinya.

“€œSaya tidak mahu memandang mudah perkara itu.

“Jika itu bahan jenaka diagungkan, ia memang memang memalukan,”€ katanya.

Faezah yang menyampaikan trofi pada malam anugerah itu mengeluarkan perkataan berbaur penghinaan pada wakil Fazura dengan gambaran fizikal pelakon itu berbadan gempal selepas melahirkan lima anak.

Disiarkan pada: July 31, 2018 @ 7:10pm
d